Showing posts with label ARTIKAL MANARIK. Show all posts
Showing posts with label ARTIKAL MANARIK. Show all posts

Monday, September 28, 2009

090909 vs 20092009 ???

Aku baru terbace yang ini. Saje nak cite-cite walaupun detik 20092009 baru je berakhir..

TIBA detik 090909, saya terima satu SMS : “Today, 090909 is a special day for some people but not for others...” Kemudian bertali arus SMS mengaitkan tarikh unik itu yang datangnya cuma sekali seumur hidup.

Dek istimewanya tarikh itu, di Johor Bahru seramai 99 pasangan Tionghua berkahwin; di Sungai Petani 61 pasangan; di Melaka 99 pasangan dan menariknya di Genting International Convention Centre seramai 34 pasangan dari China mengakhiri zaman bujang di sini bertemakan Nurturing Your Diamond Love In Malaysia.

Pengantin lelakinya segak memakai baju Melayu cekak musang.

Nasib baik 090909 jatuh pada 21 Ramadan 1430, kalau tidak ramai juga orang kita akan bernikah pada hari itu.

Di sebaliknya, saya lebih tertarik pada tarikh hari ini iaitu 20 September 2009 atau 20092009

Dikira 2009 campur 2009, jadilah angka 22. Harus diingat, 22 juta adalah jumlah terkini penduduk tanah air kita dan memantau peta dunia, benua Asia Barat mengikut abjab A bermula Afghanistan hingga abjab Y, Yaman, berjumlah 22 negara di benua Asia.

Sebiji bola yang direbut seluruh dunia dan kemuncaknya pada Piala Dunia mestilah dipertaruhkan 22 pemain.

Lebih syahdu, angka 22 juga adalah tempoh kitab suci al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, iaitu selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari.

Mengambil kira wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW pada usia baginda 40 tahun, dan mula menyemarakkan syiar Islam selang setahun kemudian hingga detik kematian baginda pada usia 63 tahun, bermakna selama 22 tahun jugalah Rasulullah memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam untuk umat di seluruh dunia.

Natijahnya, selain 090909, bagi saya 20092009 lagi unik, apatah lagi ia jatuh pada hari pertama umat Islam di sini meraikan Aidilfitri.

Thursday, July 30, 2009

H1N1 SENJATA BIOLOGI ?

Aku terima email ni dari member aku so why not aku share dengan korang, mudah-mudahan benda ni boleh menjadi renungan you all dan panduan kita.

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia. Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1. H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.