Showing posts with label PEDOMAN. Show all posts
Showing posts with label PEDOMAN. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

KENALI MASJID AL-AQSA JANGAN TERTIPU...

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Di tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadis sahih disebutkan sebagai salah satu dari tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha. RasululLLAH SAW bersabda:

“Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ketiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa"

Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut. Yahudi telah menggembar-gemburkan di seluruh dunia sama ada di dalam akhbar, Internet dan televisyen untuk mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini.Ini kerana mereka ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui masjid Al-Aqsa yang sebenar. Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di Yahoo Image, Google Image atau mana-mana pencari Image internet, gambar bangunan berkubah kuning ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa!. Ramai umat Islam termasuk di Malaysia keliru menganggap masjid berkubah kuning ini masjid Al-Aqsa. Sebenarnya bangunan yang berkubah kuning ini adalah Doom of Rock yang terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa. Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang “Al- Dastour” harian:




 "Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai di mana ianya adalah perancangan Yahudi. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, di mana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang Arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya di mana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat….

Wednesday, October 14, 2009

PADANG OH PADANG....


SALAM,
Alhamdulillah, ana dan team HALUAN selamat kembali dari "Peduli Gempa Padang" semalam 12 Oktober 2009. Suatu pengalaman yang begitu memberi kesan kepada kita, betapa kesusahan kita di M'sia cuma secebis dari kesusahan saudara2 kita disana. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama ana berada bersama misi bencana, insyaAllah jika Allah beri lagi peluang dan kekuatan ana akan mengikuti lagi misi2 Hal1 seterusnya samada ke Padang atau ke tempat yang lain.

Mulanya kami sampai di airport, disana dipanggil Bandara Internasional Minangkabau, rasa agak sceptical
dgn sambutan penduduk kerana akhbar mewar2kan berita rakyat mereka melontar batu, tapi tidak begitu halnya, mereka menyambut baik kedatangan kita, "terima kasih ibu kerana sanggup datang membantu kami disini".Kami disambut oleh tim relawan tempatan terus dibawa ke Posko Gempa di Pariaman, tempat yang paling ramai terkorban dan paling terjejas oleh gempa. Airport utuh dan tidak terjejas oleh gempa. Perjalanan mengambil masa lebih dari sejam dengan 4WD. Kota Pariaman tidak banyak terjejas tetapi bila memasuki kawasan kampung, di sepanjang jalan terlihat kesan-kesan gempa dikiri kanan jalan.rumah2 kebanyaknnya dibina dari batu-batu sungai yang dilekatkan dengan simen, tidak mempunyai "bin" serta tidak dikuatkan dgn tiang, cuma batu2 yg dicantum. Rata2nya dinding dan tiang yang hancur, bumbungnya utuh dan rebah ke bumi.Yang anihnya, rumah yang terjejas bersebelahan dgn rumah tidak terjejas walaupun struktur binaannya sama....

dan senario begini berada dimana2 di Pariaman.inilah ketentuan Allah, gempa dirasakan diseluruh Sumatera tetapi yg terjejas rumah tertentu sahaja.Ikhwah yg membawa kami, tidak putus2 mengatakan, orang-orang disini tidak solat, tidak sujud kepada Allah, percayai khurafat dan masjid2 sepi - mereka tidak sujud kepada ALLAH lantas masjid aje yang sujud kat Allah.Di Pariaman,pusat gempa, masyarakatnya 100% berugama Islam.Sebanyak lebih 600 masjid telah sujud dan tidak selamat digunakan.Mereka membina banyak masjid untuk ritual saja, hari raya, maulud dan tidak untuk sembahyang jemaah. ana tidak ada banyak gambar tp kita boleh lihat kubah2 masjid jatuh ke bawah dan bangunan merekah di sana sini.

Musibah ini berbeza dengan kejadian Tsunami di Acheh, orang beriman dan tidak beriman serta rumah mereka musnah, tetapi disini, r
umah2 mereka musnah tetapi kemalangan jiwa tidak sebanyak yg dianggarkan lebih kurang 1000 tetapi bangunan musnah puluhan ribu,tanaman dan haiwan tidak terlibat.Inilah peringatan Allah kepada mereka dan kepada kita semua, Janji ALlah itu benar dan Allah masih sayang kepada mereka serta kita semua dengan peringatan2 sebegini, untuk kembali balik kepadaNya. Ana perhatikan rumah-rumah mereka kecil hanya 1 atau 2 bilik, tetapi di luar rumah tertegak parabola (lebih 70% melanggan sistem TV menggunakan parabola), ana tidak tahu kalau di Acheh begini juga atau tidak.Menurut tim relawan lokal, kesedaran untuk balik kepada Islam lebih banyak di bandar dibandingkan kawasan kg, mereka mengatakan rakyat2 dikampung masih terlalu jauh dari Islam.Berbeza dengan dibandar, struktur bangunan yg kuat dan besar ikut terjejas tetapi rumah penduduk tidak banyak terjejas.Tim relawan lokal bekerja siang malam untuk meberi bantuan makanan, pakaian serta khemah2 sementara. Sesetengah kawasan masih bergelap dan kebanyakn nya tidak mepunyai air bersih. walaubagaimanapun, kita yang pergi boleh membeli minuman mineral yang ada dijual dimana2 kedai.

Setakat ini dulu,Part 1,insyaAllah sambung lagi.
Email daripada relawan Haluan Saedah bt. Ali

Friday, August 21, 2009

TANDA-TANDA DUNIA DI PENGHUJUNG.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah....

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim
~ dah nampak dah skrg...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik..

Saturday, June 20, 2009

Muhammad Rasulullah Great Character



21. Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(Surah Al- Ahzaab ayat 21)