Wednesday, October 28, 2009

PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA 1 NYAWA MELAYANG..


Kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang Kampar sungguh mengejutkan. Just bayangkan sedang seronok-seronok berkhemah dengan izin Allah jambatan gantung yang baru dua (2) minggu di bina runtuh dengan tiba-tiba. Seramai 294 orang murid dari 64 buah sekolah kebangsaan yang menyertai perkhemahan ini dan dikepung oleh 25 orang guru pengiring. Di beritakan 1 maut, 2 hilang dan 19 selamat So macam-macam cerita la timbul ada yang cakap pembinaan jambatan tidak kukuh, struktur tanah ada juga cerita-cerita yang mengatakan kawasan ini "keras". Bagi pandangan aku banyak benda yang harus diambil perhatian sebelum menunding jari kepada mana-mana pihak. Semoga kejadian ini akan menjadi iktibar kepada semua pihak. Bagi yang kehilangan anggota keluarga diucapkan takziah dan bagi yang terselamat moga menjadi pengajaran yang berguna dan sentiasa bersyukur.

Tuesday, October 20, 2009

KENALI MASJID AL-AQSA JANGAN TERTIPU...

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Di tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadis sahih disebutkan sebagai salah satu dari tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha. RasululLLAH SAW bersabda:

“Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ketiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa"

Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut. Yahudi telah menggembar-gemburkan di seluruh dunia sama ada di dalam akhbar, Internet dan televisyen untuk mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini.Ini kerana mereka ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui masjid Al-Aqsa yang sebenar. Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di Yahoo Image, Google Image atau mana-mana pencari Image internet, gambar bangunan berkubah kuning ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa!. Ramai umat Islam termasuk di Malaysia keliru menganggap masjid berkubah kuning ini masjid Al-Aqsa. Sebenarnya bangunan yang berkubah kuning ini adalah Doom of Rock yang terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa. Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang “Al- Dastour” harian:




 "Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai di mana ianya adalah perancangan Yahudi. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, di mana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang Arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya di mana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat….

Friday, October 16, 2009

IMPORTED DISPOSABLE DIAPERS,CLOTH DIAPERS AND KIDS GARMENTS




Bagi yang interested sila dapatkan semua items berkenaan dan banyak lagi di bebegaga.blogspot.com dengan harga yang berpatutan, bagi mereka yang berada around Ipoh just make a call to this number 012-4484169 (Mrs bebegaga) untuk keterangan lanjut...Terima Kasih..

Wednesday, October 14, 2009

PADANG OH PADANG....


SALAM,
Alhamdulillah, ana dan team HALUAN selamat kembali dari "Peduli Gempa Padang" semalam 12 Oktober 2009. Suatu pengalaman yang begitu memberi kesan kepada kita, betapa kesusahan kita di M'sia cuma secebis dari kesusahan saudara2 kita disana. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama ana berada bersama misi bencana, insyaAllah jika Allah beri lagi peluang dan kekuatan ana akan mengikuti lagi misi2 Hal1 seterusnya samada ke Padang atau ke tempat yang lain.

Mulanya kami sampai di airport, disana dipanggil Bandara Internasional Minangkabau, rasa agak sceptical
dgn sambutan penduduk kerana akhbar mewar2kan berita rakyat mereka melontar batu, tapi tidak begitu halnya, mereka menyambut baik kedatangan kita, "terima kasih ibu kerana sanggup datang membantu kami disini".Kami disambut oleh tim relawan tempatan terus dibawa ke Posko Gempa di Pariaman, tempat yang paling ramai terkorban dan paling terjejas oleh gempa. Airport utuh dan tidak terjejas oleh gempa. Perjalanan mengambil masa lebih dari sejam dengan 4WD. Kota Pariaman tidak banyak terjejas tetapi bila memasuki kawasan kampung, di sepanjang jalan terlihat kesan-kesan gempa dikiri kanan jalan.rumah2 kebanyaknnya dibina dari batu-batu sungai yang dilekatkan dengan simen, tidak mempunyai "bin" serta tidak dikuatkan dgn tiang, cuma batu2 yg dicantum. Rata2nya dinding dan tiang yang hancur, bumbungnya utuh dan rebah ke bumi.Yang anihnya, rumah yang terjejas bersebelahan dgn rumah tidak terjejas walaupun struktur binaannya sama....

dan senario begini berada dimana2 di Pariaman.inilah ketentuan Allah, gempa dirasakan diseluruh Sumatera tetapi yg terjejas rumah tertentu sahaja.Ikhwah yg membawa kami, tidak putus2 mengatakan, orang-orang disini tidak solat, tidak sujud kepada Allah, percayai khurafat dan masjid2 sepi - mereka tidak sujud kepada ALLAH lantas masjid aje yang sujud kat Allah.Di Pariaman,pusat gempa, masyarakatnya 100% berugama Islam.Sebanyak lebih 600 masjid telah sujud dan tidak selamat digunakan.Mereka membina banyak masjid untuk ritual saja, hari raya, maulud dan tidak untuk sembahyang jemaah. ana tidak ada banyak gambar tp kita boleh lihat kubah2 masjid jatuh ke bawah dan bangunan merekah di sana sini.

Musibah ini berbeza dengan kejadian Tsunami di Acheh, orang beriman dan tidak beriman serta rumah mereka musnah, tetapi disini, r
umah2 mereka musnah tetapi kemalangan jiwa tidak sebanyak yg dianggarkan lebih kurang 1000 tetapi bangunan musnah puluhan ribu,tanaman dan haiwan tidak terlibat.Inilah peringatan Allah kepada mereka dan kepada kita semua, Janji ALlah itu benar dan Allah masih sayang kepada mereka serta kita semua dengan peringatan2 sebegini, untuk kembali balik kepadaNya. Ana perhatikan rumah-rumah mereka kecil hanya 1 atau 2 bilik, tetapi di luar rumah tertegak parabola (lebih 70% melanggan sistem TV menggunakan parabola), ana tidak tahu kalau di Acheh begini juga atau tidak.Menurut tim relawan lokal, kesedaran untuk balik kepada Islam lebih banyak di bandar dibandingkan kawasan kg, mereka mengatakan rakyat2 dikampung masih terlalu jauh dari Islam.Berbeza dengan dibandar, struktur bangunan yg kuat dan besar ikut terjejas tetapi rumah penduduk tidak banyak terjejas.Tim relawan lokal bekerja siang malam untuk meberi bantuan makanan, pakaian serta khemah2 sementara. Sesetengah kawasan masih bergelap dan kebanyakn nya tidak mepunyai air bersih. walaubagaimanapun, kita yang pergi boleh membeli minuman mineral yang ada dijual dimana2 kedai.

Setakat ini dulu,Part 1,insyaAllah sambung lagi.
Email daripada relawan Haluan Saedah bt. Ali

Monday, September 28, 2009

090909 vs 20092009 ???

Aku baru terbace yang ini. Saje nak cite-cite walaupun detik 20092009 baru je berakhir..

TIBA detik 090909, saya terima satu SMS : “Today, 090909 is a special day for some people but not for others...” Kemudian bertali arus SMS mengaitkan tarikh unik itu yang datangnya cuma sekali seumur hidup.

Dek istimewanya tarikh itu, di Johor Bahru seramai 99 pasangan Tionghua berkahwin; di Sungai Petani 61 pasangan; di Melaka 99 pasangan dan menariknya di Genting International Convention Centre seramai 34 pasangan dari China mengakhiri zaman bujang di sini bertemakan Nurturing Your Diamond Love In Malaysia.

Pengantin lelakinya segak memakai baju Melayu cekak musang.

Nasib baik 090909 jatuh pada 21 Ramadan 1430, kalau tidak ramai juga orang kita akan bernikah pada hari itu.

Di sebaliknya, saya lebih tertarik pada tarikh hari ini iaitu 20 September 2009 atau 20092009

Dikira 2009 campur 2009, jadilah angka 22. Harus diingat, 22 juta adalah jumlah terkini penduduk tanah air kita dan memantau peta dunia, benua Asia Barat mengikut abjab A bermula Afghanistan hingga abjab Y, Yaman, berjumlah 22 negara di benua Asia.

Sebiji bola yang direbut seluruh dunia dan kemuncaknya pada Piala Dunia mestilah dipertaruhkan 22 pemain.

Lebih syahdu, angka 22 juga adalah tempoh kitab suci al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, iaitu selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari.

Mengambil kira wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW pada usia baginda 40 tahun, dan mula menyemarakkan syiar Islam selang setahun kemudian hingga detik kematian baginda pada usia 63 tahun, bermakna selama 22 tahun jugalah Rasulullah memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam untuk umat di seluruh dunia.

Natijahnya, selain 090909, bagi saya 20092009 lagi unik, apatah lagi ia jatuh pada hari pertama umat Islam di sini meraikan Aidilfitri.

Friday, August 28, 2009

LOST WATERFALL THE MYSTERY OF NATURE...part 2

..perjalanan yang mengambil masa 3 jam 30 minit telah membuatkan kaki-kaki kami kebas dan lengoh takkala sampai di Latar Lebah. Subhanallah!! ciptaan Allah yang indah ini dapat kami saksikan dengan mata kepala kami sendiri keindahan air terjun dengan ketinggian bangunan 10 tingkat ala ala Indiana Jonnes..









Tuesday, August 25, 2009

LOST WATER FALL THE MYSTERY OF NATURE...

Catatan perjalanan pencarian Air Terjun Yang Hilang bermula pada 26 Jun 2009 hingg 29 Jun 2009. Perjalanan bermula di base Middle Earth dengan mengunakan jentera liar 4x4 milik Middle Earth. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari pekan Jerantut ke Kaki bukit off road untuk merasai pengalaman pertama menakluki off road mengunakan jentera 4x4.




Titian kayu balak yang dibina sebelum ini akhirnya tumpas oleh kenakalan jentera liar 4x4 yang kami naiki. Kami beramai-ramai terpaksa bergotong royong untuk membina titi yang baru.




Ini adalah di antara lokasi mencabar bagi jentera 4x4 untuk dilepasi. Banyak juga jentera 4x4 yang kecundang dan terpaksa ditarik hahaha...



Perjalanan akhirnya sampai di base kem kami yang sungguh selesa 5 ***** treatment untuk solat, makan dan berehat. Kami bermalam di situ untuk mengumpul kembali tenaga-tenaga yang telah semakan kurang sebelum menjejak The Lost Water Fall seawal pagi esok.



Penjejakan bermula dengan bacaan doa sebelum melangkah ke dalam hutan. Walaupun penat tak abis lagi tapi langkah harus diteruskan. Perjalanan dianggarkan 3 jam 30 minit untuk sampai ke Lost Water Fall dan Air Terjun Latar Lebah. Trek adalah terdiri daripada pendakian, menuruni curam, merentasi sungai, dan berjalan di lereng-lereng sungai yang melicinkan. Benda dah biasa relak je la...hahahah. Dalam hutan tu ada la tangkap-tangkap gambar sikit untuk habuan orang yang pegi.





Bersambung....