Wednesday, October 14, 2009

PADANG OH PADANG....


SALAM,
Alhamdulillah, ana dan team HALUAN selamat kembali dari "Peduli Gempa Padang" semalam 12 Oktober 2009. Suatu pengalaman yang begitu memberi kesan kepada kita, betapa kesusahan kita di M'sia cuma secebis dari kesusahan saudara2 kita disana. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama ana berada bersama misi bencana, insyaAllah jika Allah beri lagi peluang dan kekuatan ana akan mengikuti lagi misi2 Hal1 seterusnya samada ke Padang atau ke tempat yang lain.

Mulanya kami sampai di airport, disana dipanggil Bandara Internasional Minangkabau, rasa agak sceptical
dgn sambutan penduduk kerana akhbar mewar2kan berita rakyat mereka melontar batu, tapi tidak begitu halnya, mereka menyambut baik kedatangan kita, "terima kasih ibu kerana sanggup datang membantu kami disini".Kami disambut oleh tim relawan tempatan terus dibawa ke Posko Gempa di Pariaman, tempat yang paling ramai terkorban dan paling terjejas oleh gempa. Airport utuh dan tidak terjejas oleh gempa. Perjalanan mengambil masa lebih dari sejam dengan 4WD. Kota Pariaman tidak banyak terjejas tetapi bila memasuki kawasan kampung, di sepanjang jalan terlihat kesan-kesan gempa dikiri kanan jalan.rumah2 kebanyaknnya dibina dari batu-batu sungai yang dilekatkan dengan simen, tidak mempunyai "bin" serta tidak dikuatkan dgn tiang, cuma batu2 yg dicantum. Rata2nya dinding dan tiang yang hancur, bumbungnya utuh dan rebah ke bumi.Yang anihnya, rumah yang terjejas bersebelahan dgn rumah tidak terjejas walaupun struktur binaannya sama....

dan senario begini berada dimana2 di Pariaman.inilah ketentuan Allah, gempa dirasakan diseluruh Sumatera tetapi yg terjejas rumah tertentu sahaja.Ikhwah yg membawa kami, tidak putus2 mengatakan, orang-orang disini tidak solat, tidak sujud kepada Allah, percayai khurafat dan masjid2 sepi - mereka tidak sujud kepada ALLAH lantas masjid aje yang sujud kat Allah.Di Pariaman,pusat gempa, masyarakatnya 100% berugama Islam.Sebanyak lebih 600 masjid telah sujud dan tidak selamat digunakan.Mereka membina banyak masjid untuk ritual saja, hari raya, maulud dan tidak untuk sembahyang jemaah. ana tidak ada banyak gambar tp kita boleh lihat kubah2 masjid jatuh ke bawah dan bangunan merekah di sana sini.

Musibah ini berbeza dengan kejadian Tsunami di Acheh, orang beriman dan tidak beriman serta rumah mereka musnah, tetapi disini, r
umah2 mereka musnah tetapi kemalangan jiwa tidak sebanyak yg dianggarkan lebih kurang 1000 tetapi bangunan musnah puluhan ribu,tanaman dan haiwan tidak terlibat.Inilah peringatan Allah kepada mereka dan kepada kita semua, Janji ALlah itu benar dan Allah masih sayang kepada mereka serta kita semua dengan peringatan2 sebegini, untuk kembali balik kepadaNya. Ana perhatikan rumah-rumah mereka kecil hanya 1 atau 2 bilik, tetapi di luar rumah tertegak parabola (lebih 70% melanggan sistem TV menggunakan parabola), ana tidak tahu kalau di Acheh begini juga atau tidak.Menurut tim relawan lokal, kesedaran untuk balik kepada Islam lebih banyak di bandar dibandingkan kawasan kg, mereka mengatakan rakyat2 dikampung masih terlalu jauh dari Islam.Berbeza dengan dibandar, struktur bangunan yg kuat dan besar ikut terjejas tetapi rumah penduduk tidak banyak terjejas.Tim relawan lokal bekerja siang malam untuk meberi bantuan makanan, pakaian serta khemah2 sementara. Sesetengah kawasan masih bergelap dan kebanyakn nya tidak mepunyai air bersih. walaubagaimanapun, kita yang pergi boleh membeli minuman mineral yang ada dijual dimana2 kedai.

Setakat ini dulu,Part 1,insyaAllah sambung lagi.
Email daripada relawan Haluan Saedah bt. Ali

No comments:

Post a Comment